MESYUARAT BIDANG KURIKULUM BERSAMA PENGETUA

MESYUARAT BIDANG KURIKULUM BERSAMA PENGETUA

Tuesday, July 8, 2008

MESYUARAT PROFESIONALISME BIDANG KURIKULUM

8 Julai, Kejayaan dalam pengurusan kurikulum sekolah diberi penghargaan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh hari ini menerusi Mesyuarat Unit Kurikulum PPD Pasir Puteh yang dianggotai oleh 11 orang Pengetua dan Pegawai Kurikulum di PPD. Komitmen, kerja sama dan kesungguhan semua pihak uang menjayakan misi dan visi yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak boleh dinafikan. Justeru, wajarlah kaum guru diberi penghargaan dan pengiktirafan melalui sistem 'naik pangkat' dan juga pelbagai'promotion' yang dilaksanakan oleh KPM.

Lima agenda utama telah dikenalpasti dan dibincangkan secara terperinci hari ini. Agenda mega negara, PPSMI menjadi tajuk utama dengan penekanan terhadap status pencapaian pelajar di kelas-kelas peperiksaan. Pelbagai tindakan susulan dan tindak ikut dikenalpasti untuk memantapkan pelaksanaan program ini. Tahniah kepada guru-guru Sains dan Matematik yang berjaya menjana ilmu ke arah menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Pemantauan dan bimbingan serta pencerapan terancang di bilik darjah dipersetujui sebagai aktiviti utama pengurus sekolah dalam usaha melahirkan guru yang berketrampilan dan berkesan sekali gus menjamin suasana guru mengajar dan pelajar belajar.

Nyatanya, setiap sekolah bangkit dengan pelbagai program yang dirancang, susun dan laksana secara teratur dan sistematik. Walaupun setiap aktiviti yang dilaporkan menampakkan kesamaan di antara sekolah namun, itulah usaha yang patut dipuji. Guru kini lebih bersedia dan sanggup berkorban apa saja demi anak didiknya.

TANPA MU GURU, SIAPALAH KAMI...hari ini yang juga bergelar GURU.
Terima kasih CIKGU.

Saturday, July 5, 2008

PENILAIAN TAHAP PROFISIENSI (PTP)

5 Julai 2008, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Pelajaran Daerah Machang telah berjaya mengendali dan melaksanakan Ujian/Penilaian Tahap Profisiensi guru-guru Sains & Matematik. Ianya merupakan ujian penilaian yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan kerja sama Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kumpulan sasaran adalah guru-guru yang mendapat aras 1, 2 dan 3 dalam Ujian PTP 1 yang telah diadakan pada tahun 2007. Objektifnya adalah untuk membantu guru-guru Sains & Matematik meningkatkan penguasaan dan kemahiran berbahasa Inggeris. Seramai 376 guru PPD Pasir Puteh dan PPD Machang telah menduduki Ujian ini yang telah diadakan secara 2 peringkat iaitu: Writing and Listening pada 28 Jun 2008 dan Speaking Component pada 5 Julai 2008. Usaha murni dan positif ini perlu diteruskan pada masa akan datang supaya guru-guru kita lebih berketrampilan dalam menggunakan bahasa dunia ini. TAHNIAH pada semua guru PPD Pasir Puteh dan PPD Machang.

Kursus "English for Mathematics & Science"

Kursus "English for Mathematics & Science"
Kursus kelolaan Unit Ldp PPD Pasir Puteh-Machang ini bertujuan untuk membantu guru-guru Sains & Matematik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Terima kasih JU! Anda banyak membantu.

Adakah anda bersetuju,Ujian PTP perlu diberikan kepada guru -guru Sains & Matematik yang mendapat Aras 1, 2 dan 3?